Hidup terasa indah jika setiap detik yang kita lalui dikongsi bersama sahabat agar wujud kebaikan kepada kita semua...Insyaallah:~D

Wednesday, 15 August 2012

KTM-keretapi tanah melayu

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segala puji bg Allah Taala tuhan sekalian alam alam serta
selawat dalam salam ke atas nabi kita yang dikasihi Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah,kita dah nak habis ramadhan daa,raya pun semakin hampir.
Bila dah akhir2 ni,kene la lakukan "reflection" ataupun muhasabah .....

Adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini???
Adakah ramadhan kali ini memberi perubahan pada kita???
Adakah ramdhan kali ini lebih mendidik diri dan hawa nafsu kita???

jika "YA",alhamdulillah,
jika "TIDAK",jangan khuatir,masih berbaki beberapa hari lagi,
pengampunan Allah itu trsgtlah luas bagi hamba-hambany:D
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"KTM-keretapi tanah melayu"

nak cerita pasal "KTM" kah?...tak perlulaa sbb orang ramai dh sedia maklum psl hal ni....
harini,tergerak hati nk berkongsi ape yang aku terima/rasa/dapat ketika dalam KTM...
alhamdulillah,takdir Allah ini banyak manfaat bg diriku,lalu kita kongsikan bersama agar
kemanisannya dapat dirasai bersama...

TAPI!!!

mohon teguran/komen yang baik agr perkongsian selepas ini lebih baik,Insyaallah.

Cerita bermula...:D
Baru-baru ni,aku balik dari program bersama-sama sahabat di Lembah Nur Pangsun.Jauhla dari
Shah Alam,dalam dua jam jugak so kene la naik public transport,KTM...pergi dan balik melalui
KTM...tapi kejadian ini berlaku ketika nak balik dari KL Sentral menaiki KTM ke Shah Alam.

Semasa dalam KTM tu,aku lihat seorang kanak-kanak kecil berbaju sekolah dan seorang pakcik tp
muda lagi.Dari iras muka seolah-olah datangny dari Indonesia..nak tahu soheh ke tak,kene la pergi
dekat & tanya kan???Aku pun dekatkanlah diri aku dgn mereka..eh2,BETUL LAA!!!mereka datangnya
dari sana dong!!!..kemudian kehadiranku dirasai oleh mereka,aku pun mencelah la ketika perbualan
tersebut berlaku...hihi...:D

Aku:"Adik umur berapa?"
Adik:"12 tahun bang."
Aku:"Oooo..sekolah di mana?Rumah plk di mana?"
Adik:"Saya sekolah di sekolah Indonesia di Kuala Lumpur tp duduknya di Padang Jawa."
Aku:"Perghhhh!!!jauhnya,habistu,macammane kamu pegi sekolah tiap2 hari???
Adik:"Setiap hari ayah hantar saya di KTM Shah Alam,abg menjumput petang2,lalu saya naik ktm
         setiap hari sendirian dari Shah Alam ke sekolah".
Aku:"MasyaAllah,takpe dik,insyaallah kamu berjaya suatu hari nanti"....

>>>kerana ilmu,sanggup bergerak jauh-jauh...badannya masih kecil,wlupn 12 tahun tp badanny
sebesar budak 9 thun je...yang aku terharunya,kecik2 sudah diajar bergerak jauh-jauh semata-
mata untuk menuntut ilmu...sgt berbeza dgn keadaan aku...bersyukurnya aku,Allah beri mudah
segalanya dari kecil hingga sekarang.....

selepas tu,aku sembang plk dgn pakcik tu....wlupn berbeza bangsa,tapi kami saudara seislam...perbualan
tu seolah-olah mcm abg dan adik...memang AWESOME la!!!..hehe..pada aku mmg patut pun begini
& lebih baik begini berbanding daripada keadaan orang sekarang...kdg2 dalam KTM pun masing-
masing kedekut nak senyum/hulurkn pertolongan...tapi bukan semua orang  begitu la....tp tak mengapa la,mgkin pengajaran bg kita....BACK to the story...

Aku:"Pakcik dari mana & hendak kemana?"...smbil tersenyum kambing aku..haha
Pakcik:"Saya dari Sulawesi,menjadi imam solat di sebuah surau di Petaling Jaya"...
Aku:"Ooooo....mesti pakcik pernah belajar di Gontur kan?"
Pakcik:"Ya,saya pernah menuntut di sana."
Aku:"Saya ada mencari2 maklumat pasal Gontur,tempat tu sgt baguskan pakcik?".
Pakcik:"Ya,di sana,semua hal2 diuruskn sendiri oleh pelajar,memasaknya,membersihkan
             dan lain-lain lagi..."
Aku:"Oooo...bagusnya...nanti sy nak hantar anak sy ke situ la suatu hari nanti..."..smbil
        ketawa..(bergurau je...haha)....

sememangny dia seorang yang berilmu...keluaran Ponduk Gontur bukan calang2 orang...bahasa
yang wajib digunakan bahasa arab dan bahasa inggeris SAHAJA!!!3 bulan di sana,pelajar-pelajar
boleh kuasai bahasa arab sepenuhnya...masyaallah...bertuahnya mereka yang menguasai bahasa arab.
Bahasa arab,bahasa ibadah,bahasa syurga,bahasa alquran bahkan matinya kita nanti kalimah syahadah,
"LAAILAHALILLAH MUHAMMAD RASULULLAH" adalah bahasa arab....maknany,nak tak nak,
orang islam kene belajar jgk bahasa arab ni walaupun sedikit...

dalam 5 minit sebelum sampai di destinasi yang hendak dituju....

Pakcik:"Kita jumpa lagi ya nanti,sudah dekat ni."
Aku:"Insyaallah,ada rezeki kita jumpa lagi,doakan saya ya pakcik,insyaallah saya hendak ke Mesir
         bulan 9 ni,sambung belajar di sana...sebenarny takut juga sy nak ke sana,maklumlah,negara orang...
         tp insyaallah,saya cubalah..."
Pakcik:"Usah khuatir....ada satu kata-kata yang saya pegang sbb saya jadi imam pun takut2 juga...
             ya laa..kita menghadap Allah tp bila saya pegang kata2 ini,alhamdulillah tenang..."
Aku:"Ape dia ye pakcik???"
Pakcik:"Jangan katakan takut pada masalah kerana ketakutanlah yang membawa kita kepada masalah,
            Jangan banyak mengeluh ketika bermasalah tp katakan bhw Allah bersamaku ketika bermasalah"...
Aku:"Wahh,menarik tu...terima kasih pakcik,insyaallah sy pegang kata2 itu...
Pakcik:"Selamat tinggal ya,Assalamualaikum...
Aku:"Wa'alaikumsalam.,,."..

sampailah di Shah Alam,,budak kecik tu pn turun bersama aku...dalam perjalanan aku pulang ke rumah,
kata-kata pakcik tu terngiang-ngiang dan budak kecik tu terngiang2 je...mungkin ada hikmah Allah temukan
aku bersama dua orang insan mulia ini,mungkin juga pertemuan oleh Allah ini menjawab akan hal2 tentang kehidupan aku...masyaallah,besarny rahmat Allah di bulan ramadhan ini,Alhamdulillah...

mungkin sepanjang hidup kita,kita terlalu takut untuk menghadapi sesautu sehingga perasaan takut tu
buat kita jadi tak yakin dengan diri sendiri dan Allah yang mengatur kehidupan kita..nauzubillah..kdg2
kita terlalu senang sehingga kita leka dan alpa sedangkn ada yang bersusah payah di luar sana...maka
bersyukurlah kita...sebenarnya,apa yang berlaku dalam hidup kita,ada hikmah yang Allah sembunyikan,
dan hikmah tersebut hanya bagi mereka yang bersyukur dgn apa yg Allah beri...sepatutny kita rakam saat2 yg memberi kebaikan pd diri kita agr ia membantu kita dalam hari2 mendatang....

Maka bermula saat ini,marilah kita bermuhasabah diri terutamanya diri aku,sebanyak mana keyakinan,
tawakkal kita kepada Allah dalam kehidupan kita???sebanyak mana syukur kita kepada Allah???Allah
beri terlalu banyak pada kita tp apakah balasan kita kpd Allah sebagai hambanya?cukupkah???

Bersama-samalah kita bersyukur ats apa yang Allah berikan pada kita dan setiap perkara itu wajiblah
kita sandarkan kepada Allah...maaf ats segala ketelanjuran,niat di hati ingin berkongsi kebaikan agar kebaikan tersebut dpt dikongsi bersama-sama..insyaallah...

Katakanlah pada diri sendiri & yakinlah...

"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya,Allah Maha Mengetahui
apa yang terbaik bagi diri manusia..."

"Perancangan Allah itu jauh lebih baik daripada perancangan
manusia ...."

"Jangan katakan takut pada masalah kerana ketakutanlah yang membawa kita kepada masalah,Jangan banyak mengeluh ketika bermasalah tp katakan bhw Allah bersamaku ketika bermasalah"...

wallahua'lam,
Assalamualaikum w.b.t;D












4 comments:

  1. ya Allah..sesungguhnya perancangannya sangat sempurna..kadangkala manusia yang buta untuk mentafsir semua itu.. :')

    ReplyDelete
  2. sunggu bermakna perkongsian nie..

    ReplyDelete