Ciri-ciri umat Nabi Muhamad s.a.w.
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam dan
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Syukur alhamdulillah,kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam serta kesihatan
maka perbanyakkanlah kalimah alhamdulillah sbgi tanda syukur dan gunakan nikmat itu
untuk kebaikan,insyaallah;D......
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
melihat pada tajuk tu,dah tahu la ape yg nk dikongsikan kan?
perkongsian ini bukanlah menunjukkan aku seorang yang alim...
TIDAK !!!!
tetapi niat nak sama2 berkongsi manfaat dan sbgi peringatan untuk diri sndiri terutamanya
spy kita menjadi lebih baik pada masa akan datang,mohon teguran & komen dr sahabat2
utk penambahbaikan di masa akn dtg,insyaallah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku dpt maklumat ini hasil perkongsian ilmu oleh seorang ust,ust muhammad ali gaddafiy.
Jadi,aku kongsikn di sini spy kita sama2 dpt manfaatny,insyaallah;D
Firman Allah Taala,surah Al-Fath,ayat 29
"Muhammad adalah utusan Allah,dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir,tetapi berkasih sayang sesama mereka.Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keredhaanNya.Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud.Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Taurat dan sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) Injil,yaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya,kemudian tunasnya itu semakin kuat,lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya,tanaman itu menyenangkan hati penanam-penananmnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin).Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka,ampunan dan pahala yang besar.
Seperti yg kita ketahui,Alquran adalah sebuah kitab yang agung kerana datangny daripada Allah Taala tetapi melalui malaikat Jibril kemudian sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.Bermakna setiap apa yg ada dlm alQuran sgt bermakna pada kita dan tiada ragu padany.Sebab itulah rasulullah menyuruh kita berpegang dengan alquran nescaya kita tidak akn sesat sehingga hari akhirat~
jadi,daripada surah Al-Fath ini,dpt kita highlight beberapa ciri umat Nabi Muhammad.
- Berkasih sayang sesama mereka.
- Rukuk dan sujud keranan mencari kurnia dan keredhaanNya.
- mereka tampak tanda-tanda bekas sujud
- seperti benih yang mengeluarkan tunasnya,kemudian tunasnya itu semakin kuat,lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya,tanaman itu menyenangkan hati penanam-penananmnya.
- Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka,ampunan dan pahala yang besar.
inilah antara ciri-ciri ummat Nabi Muhammad.....
Apakah ada ciri-ciri tersebut dalam diri kita???
Takkan ini je kot,mesti ada lagi kan???
>jika sudah ada ciri-ciri tersebut,maka istiqamahlah kita,jika belum,masih belum terlambat utk beramal & praktikkan ciri-ciri tersebut...aku tidak katakan ini sahaja,tetapi ini antara ciri umat Nabi Muhammad yg ada dalam surah Al-Fath ayat 29 ini.
Berkasih sayang sesama mereka.
>firman Allah Taala dalam surah Alhujurat,ayat 10
"Sesungguhny orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselesih) dan bertakwalah kepada
Allah agar kamu mendapat rahmat."
“tidak beriman seseorang muslim itu sehingga dia mengasihi
saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”….(Hadis Riwayat
al-Bukhari)
Dalil dan hadis di ats jelas menunjukkan betapa pentingnya
nilai kasih sayang dalam kalangan manusia.Cuba kita fikirkan apa yg terjadi
kiranya tiada kasih sayang sesama manusia???
mesti huru-hara kan???jadi la
macam2 kes seperti pergaduhan,peperangan & yang ketara sangat kes pembuangan
bayi yg disebabkan oleh manusia yg tk faham menggunakan nikmat kasih sayang
yang Allah berikan.Semua itu anda saksikan sendiri melalui tv dan surat khabar.
So,bukan dari kalangan umat Nabi Muhammad la kalau tiada
sifat kasih sayang antara muslim.
Rukuk dan sujud keranan mencari kurnia dan keredhaanNya.
>yg boleh kita fahami daripada ciri ini ialah orang yg mendirikan solat.Solat merupakan amalan yg amat penting bg kehidupan seorang muslim.Di akhirat ,amalan utama yang akan ditanya adalah solat,itu sepertimana yg kita maklum la kan...
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda...
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad
adalah hambaNya serta rasulNya,mendirikan solat,membayar zakat,mengerjakan haji dan
berpuasa di bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w pernah menerangkn kepada sahabat,Abdullah ibn Mas'ud tentang amalan yang diredhai oleh Allah iaitu...solat,menghormati kedua ibubapa dan jihad.
sebenarny terlalu banyak hadis yang menerangkan tentang solat.Solat antara rukun islam dan amalan yg diredhai Allah.Kalau apa yg aku fahamlah,perkara-perkara rukun ini umpama kepala manusia yg mana manusia tak dapat hidup tanpa kepala,begitu juga dgn rukun ibadah yang mana takkan terjadi ibadah tanpa adanya rukun.
So,bukanlah dari kalangan umat Muhammad yang tidak menunaikan solat.
mereka tampak tanda-tanda bekas sujud
>Hah!kesan-kesan sujud pd wajah umat Nabi Muhammad ini adalah kesan daripada ibadah solat.
Dalam hal ini,ramai orang berpendapat mereka yang ada tompok hitam di dahiny tu kuat solat dan sujud pada Allah.Tp apa yang cikgu sains aku bagitahu,org yg ade tompok hitam di dahi tu,org tu sujud menekan dkt tempat sujud tu,dia kata plak,tompok hitam tu di bawah kulit dahi...Wallahua'lam...tp kalau ikot logik akal pun,mereka yang sering menghadap Allah,mukanya bercahaya,lebih berseri,tenang dalm hidupnya...tp tidak mengapalah,kita beribadah bukannya nk ada tanda-tanda bekas sujud,tapi hendakkan keredhaan Allah,,,insyaallah,niat kerana Allah,akan dapat mcm2..
seperti benih yang mengeluarkan tunasnya,kemudian tunasnya itu semakin kuat,lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya,tanaman itu menyenangkan hati penanam-penananmnya.
>mungkin yang dimaksudkan disini ialah umat2 Nabi Muhammad ini dimurahkan rezeki dan kuat.Wallahua'lam...mungkin sahabat2 bole bantu & insyaallah akn cari juga:)
Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka,ampunan dan pahala yang besar.
>umat Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yg beriman dan mereka mengerjakan amal kebajikan.Amal kebajikan amat penting supaya tiada golongan yang dalam kesusahan dan dari sinilah memupuk nilai2 positif spt kasih sayang.Kalaulah takde amal kebajikan sudah tentu huru-hara manusia ini,mana taknya,yang kaya hidup dengan kayanya dan yang miskin dan tidak berkemampuan menanggung sendirian.....dari amal kebajikan pun sifat2 tidak baik dalam diri dpt dihakis spt perntingkan diri sendiri,kedekut dan tama'...Amal kebajikan juga sejajar dgn hadis Nabi Muhammad seperti di atas sekali iaitu orang-orang mu'min itu bersaudara.....
aku sendiri merasainya...alhamdulillah,diizinkan Allah utk aku join Persatuan Pelajar Islam Selangor(PEPIAS).Melalui jemaah ni la,banyak perka baru aku belajar lagi2 dalam amal kebajikan ni.
Sangat banyak kebaikan daripada amal kebajikan dan bagi aku ia sebagai medan muhasabah la sbb
bukan semua orang senang hidupnya sepertimana kita sekarang ni dan kita juga tidak merasa
kesusahan sepertiman mereka yang susah...Allahurabbi,bertemu mereka membuatkan aku rasa
sangat bersyukur dgn kehidupan sekarang ni,mungkin inilah hikmah di sebalik ciri-ciri umat
Nabi Muhammad s.a.w.
tidaklah dari kalangan Nabi Muhammad mereka yg tidak mengerjakan amal kebajikan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 ciri ini sebenarny sangat mudah untuk kita praktikkan terutamanya diri yang menulis inilah.
Jika benar kita mencintai Nabi Muhammad dan ingin bersama baginda maka perlulah kita lakukan
sesuatu supaya impian kita tercapai spt ikut sunnah nabi dan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sbg
idola dalam kehidupan kita.
Ramai orang boleh membaca dan menulis di blog2 sperti aku,tp tidak ramai yang mempunyai kekuatan
untuk melakukan apa yang mereka baca dan apa yang mereka tulis.
Jadi,tunggu apa lagi sahabat?!!!!
mari praktikkan 5 ciri2 ini....
insyaallah kita semakin baik di hari-hari yang mendatang;D
Assalamualaikum w.b.t
>jika ada sebarang komen/teguran/cadangan penambahbaikkn,tinggalkan komen di ruang komen;D
No comments:
Post a Comment