Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala tuhan sekalian alam serta selawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w...Bersyukur juga kita kerana Allah masih memberikan peluang pada
kita untuk melihat serta berfikir tentang kebesaran Allah Taalla...Peluang seperti ini harap2 la ye jgn
kita sia-siakan,gunakanlah ia dgn sebaik mungkin agar kita menjadi golongan yg beruntung...
Insyaallah....:D
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"POWER WORD!!!!:D"
adakah setiap kata-kata itu ada POWER???
mcm cerita POWER RANGERS,bila diseru,keluarlah POWERnya,macam tu ka???
kau ni ,kuat trpngaruh cerita keanak-anakan ni...HAHAHA....
macam AWESOME je kan tajuknya???
tidaklah shbt2 sekalian...ada kata-kata yg ingin dikongsikan sbb aku temui keistimewaan di
sebalik WORD ini,tambah plk ia dtgny dari seorang yang sgt tinggi ilmunya.....
sebelum itu,mohon teguran/komentar/cadangan agar penambahbaikkan dpt dilakukan
masa hadapan,niat dihati ingin berkongsi apa yg baik kerana semuanya datang dari Allah,nikmat atau kelebihan yang Allah beri perlulah kita kongsikan...firman Allah Taala mafhumnya yakni "Sekiranya kamu
kamu bersyukur,aku akan tambah lagi"........wallahua'lam....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu masa dahulu (macam dah lama sangat je:D)...aku hadir ke satu majlis ilmu..tujuannya nak isi masa lapang lpas espiem ni....boleh la tambah-tambah ilmu sikit....maklumlah,manusia ini ibarat botol,kalau tiada air,tiadalah isinya kan????so,pergilah aku ke ampang yakni di Kolej Islam Assofa....sebenarnya ia majlis talaaqi bersama seorang guru yang sangat disegani,Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki & majlis ini dianjurkan oleh Alumni Pelajar Islam SBP(APIS)....
3 hari di sana,tp banyak manfaatny....pelbagai ragam manusia ada...tp yang terINSPIREDnya...
ada seorang pakcik ini dtgny dari Singpura semata-mata untuk menuntut ilmu...dah la naik moto..jauh
kot!!!!Alhamdulillah,diizinkan Allah bertemu orang-orang yang hebat ini...tenang je pergi sana,dengan suasana Islamnya,pelajar-pelajar Kolej sgt baik akhlaknya,bersih je "air muka"...sejuk je mata menengoknya...mungkin berkat mengahafal alquran...sangat beruntung bagi mereka yang dari kecik dah dilatih memahami,memelihara dan menghafaz Al-Quran...beruntunglah ibubapa mereka...
nak diceritakn sikit2...setiap kali sheikh masuk ke dalam dewan kuliah,semua pelajarnya akan berdiri & takkan duduk selagi sheikh tak duduk di sofanya...itu kita maklumlah kan???kat sekolah pun sama jugak...tp yang bezanya di sini,pelajar-pelajar akan duduk bersila je macam sekolah pondok la...aku dpt info juga,sofa
yang sheikh duduk pun tiada orang berani duduk sejak sofa itu dibeli lagi walaupun ust2 lain yg hendak duduk,memang takkan ada orang berani....begitulah adab murid kpd gurunya..sangat menjaga tatatertib dan adab...berbeza la dgn keadaan di sesetengah sekolah,tempat guru dijadikan tempat duduknya malah lg teruk dijadikan tempat bersembang dan tempat tido.kemudian,dialunkan qasidah burdah yg mengandungi makna-makna yg sgt luarbiasa...setiap bait-bait qasidah seolah-olah macam suatu bentuk muhasabah,sayu je kalau
lihat pada maknanya....sejak itu la,aku minat dgn qasidah...anda perlu cuba dengar dan hayati,belum
cuba belum tahu kan???cecube cecube..hihihi
3 hari duduk bersila sememangny mencabar...lenguh2 kakiku...dalam kuliah,jangan cakaplaa,memang
tak berhenti bergerak2 kaki sbb nak hilangkn lenguh..maklumlah,tak biasa...dlu duduk atas kerusi,menulis di meja..HAH!amik kau,skrg ni segala-galanya atas lantai....tp,Alhamdulillah,bnyk input menarik dalam masa 3 hari....sgt hebat hujah dan tutur kata sheikh..Sheikh masuk ke dalam dewan kuliah tanpa membawa apa2 pun...kalimah-kalimah dibacakan oleh anak muridny kemudian sheikh bahaskan....terlalu banyak ulasan dalam sesautu perkara....bukanlah nak mengeluh..."TIDAK SAMA SEKALI"....cuma kagum dengan keilmuan beliau..
Di hari akhir,sheikh ada berpesan pada kami pelajar-pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada
orang muda yang belajar di ipt swasta/tempatan mahupun di luar negara....antara yang aku genggam
dan pegang sampai sekarang.....
"Jika tuan-tuan,puan-puan sandarkan urusan pada Allah,maka ia jadi kerja Allah dan Allah akan bantu kita semua,sebalikny jika tuan-tuan,puan-puan tidak sendarkan urusan pada Allah maka tanggunglah sendiri".
"Orang-orang muda jangan mudah melatah,anda semua masih muda,tuntutlah sebanyak ilmu yang boleh,tidak usah sibuk pasal hal orang krn hal tersebut sudah ada orangnya..."
"Janganlah mudah menghukum seseorang kerana kita tidak tahu darjatny di sisi Allah.."
"Bukan amalan ahli sunnah waljamaah untuk menghukum seseorang itu..."
>>kadangkala kita manusia cepat lupa pada Allah lgi2 bila menghadapi musibah/masalah.. kdg2 lebih
teruk tak mintak pun pada Allah malah orang lain pun dipersalahkan,keluarlah perkataan-perkataan tidak baik..Lebih teruk jika kita menyalahkan Allah sedangkan Dia pencipta kita...kenapa aku kene macam ni ya Allah???apa dosa aku Ya Allah???...perbuatan kita seolah-olah putus harapan daripada Allah sedangkan
ini baru sedikit kalau nak dibandingkan pada zaman rasulullah s.a.w dan para sahabat...
ujian yang hadir dalam kehidupan kita itu datangny dari Allah...bukan bermakna Allah itu zalim..
TIDAK...bahkan Allah lebih sayang kita...mungkin kita sudah lama tidak sujud pada Allah???
mungkin sudah lama tidak menitis air mata kita di hadapan Allah???mungkin juga Allah rindu
akan amalan yang mungkin kita pernah lakukan suatu masa dahulu???...wallahua'lam...
oleh itu,sandarkanlah segala urusan kita terutamanya aku pada Allah krn ia akan menjadi kerja Allah dan Allah akan membantu kita..PERCAYALAH!!!aku sendiri mengalaminya...semuanya daripada Allah,tetapi apabila kita serahkan dan yakin pada Allah,maka Allah akan beri pada kita...insyaallah:D
janganlah mudah menghukum seseorang...benda ni banyak berlaku...tambah2 plk,bila ada pergaduhan..
"kau kafir!!kau munafiq!!!kau zalim!!!kau fasiq!!!"...dan sebagaiany...elakkanlah dari benda2 ini,siapalah
untuk menghukum seseorang sedangkan kita pun tidak tahu darjat kita di sisi Allah mcamane...
pesan sheikh...tuntutlah ilmu...sebab apa???kerana keadaan negara islam terletak dalam tangan kita lalu
dengan ilmulah kita mencorakkan pentadbiran negara tersebut...Rasulullah ada menjelaskan bahawa perkara
yang perlu dihapuskan untuk membangunkan sebuah negara islam iaitu kejahilan dalam keilmuan.Maka
besar peranan kita golongan muda...tidak rugi pun menuntut ilmu kerana orang yang berilmu ini Allah akn
angkat darjatny...apa yg aku terima dan belajar sgt sedikit sebenarny utk dikongsi tetapi percayalah dengan mengembara/merantau mencari ilmu,Allah akan beri seprtimana aku terima...Alhamdulillah;D
moga,sahabat dapat sesuatu yang bernilai dari perkongsian ini khususny diri aku sendiri sebagai medan muhasabah diri..sememanya tak rugi kalau kita mengembara menuntut dan mencari ilmu...Allah akan beri yang terbaik untuk kita,ketahuilah,setiap apa yang kita tuturkan,itulah yang kita akan dapat,jelas dalam alquran...wa akhiran...
"Orang-orang muda jangan mudah melatah,anda semua masih muda,tuntutlah sebanyak ilmu yang boleh,tidak usah sibuk pasal hal orang krn hal tersebut sudah ada orangnya..."
"Janganlah mudah menghukum seseorang kerana kita tidak tahu darjatny di sisi Allah.."
"Bukan amalan ahli sunnah waljamaah untuk menghukum seseorang itu..."
Assalamualaikum w.b.t:D
No comments:
Post a Comment