Hidup terasa indah jika setiap detik yang kita lalui dikongsi bersama sahabat agar wujud kebaikan kepada kita semua...Insyaallah:~D

Saturday, 6 April 2013

kita kufur....:(


KITA KUFUR~~~

mengapa aku katakan kau kufur?
bagaimana tidak kufur?

bermacam Allah beri...
adakah kau bersyukur???
adakah kau tunaikan apa yang Allah perintahkan?
adakah kau jauh dari maksiat dan zina????
adakah kau ikhlas dalam sujud pada Allah?
adakah hidupmu kerana Allah??

tanyalah berjuta-juta soalan...
adakah kau tidak kufur pada Allah???

kau bodoh wahai manusia!
kau gila wahai manusia!
kau munafiq wahai manusia!
hentikanlah lakonan kau manusia celaka!

kau marah aku katakan begitu???
padahal kau tidak sedar tingkahlakumu...
manusia lain tidak nampak dirimu...
tapi jangan kau berbohong..

bahawa Allah Maha Melihat apa yang kau buat!!!!
bahawa Allah Maha Mendengar apa yang tuturkan!!!!

ke mana kau mahu lari wahai manusia???
kelak kubur juga kau menghadap...

sudahlah wahai manusia!
insaflah...
sedarlah..
bahawa setiap saat hidupmu hanyalah untuk tuhanmu!
siapa tuhanmu!

ALLAH!

Keluarlah kau!
dari kepompong kebodohan..
Keluarlah kau!
dari kepompong kejahilan..
Keluarlah kau!
dari kepompong kemalasan bodoh sombong..
Keluarlah kau!
dari kepompong penuh duniawi...

serahkanlah hatimu wahai manusia!
serahkanlah jiwamu wahai manusia!
serahkanlah pengharapanmu wahai manusia!
pada ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W...

bangun wahai manusia...
BANGUN!
BANGKIT!

jangan kau jadi manusia yang akhirnya sia-sia hidupnya..
jangan kau jadi manusia yang Allah humban kau ke dalam neraka...
jangan kau jadi manusia yang tak mengenal Allah dan Rasulnya..
jangan kau jadi manusia yang derhaka pada ibu ayahmu...

kau insan istimewa sebenarnya wahai manusia..
pejamkan matamu...
tariklah nafas sedalam-dalamnya..
sebutlah...

"Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.."

Pejamkan matamu...
menangislah kerana dosa-dosamu..
menangislah kerana kau jauhkan diri dari Allah...
menangislah kerana kau masih sombong tatkala Allah menyayangimu..

Allah...
ampunkan kami...
kerana melazatkan hati kami dengan dunia fana' ini..
ampunkan kami ya Allah..
jauhnya hati kami dari engkau ya Allah...

Ampunkan kami Ya Allah......

















kebodohan kita:(


kita semua bodoh....
kerana kebodohan itu...
bila kita berbicara...
kdg2 kita yang lebih...
bila kita menegur orang..
kita pulak yang melakukannya..
bila kita ditegur orang..
kita rasa kita betul...
jadi lebih bodoh...
sesudah ditegur..
kita melawan kita membantah....
bila orang kata kita bodoh..
kita marah kita sentap..
walhal kita tidak sedar diri..
yang kita tiada apa2...
bukankah itu antara kebodohan kita?
biarpun kita penuntut ilmu..
tapi masih melakukannya..
kerana apa?
kita hanya membodohkan diri...
ilmu masuk dan keluar di telinga..
tidak berguna langsung bagi kita...
kita tidak beramal dengannya..
malah tak melekat di hati kita...
lebih teruk dan menghinakan..
ilmu itu tidak membimbing kita...
maka tuntutlah ilmu
kerana apa?
menuntut ilmu adalah suatu kefardhuan...
indahnya Islam memfardhukan sebegitu...
kerana inginkan ummat yang berilmu...
bukanlah seperti arab jahiliyiah..
yang suatu ketika dahulu...
bertindak mengikut hawa nafsu..
yang akhirnya..
merosakkan diri sendiri..
semua manusia itu jahil dan bodoh melainkan...
Rasulullah s,a,w...
Allahumma solli ala muhammad wa alihi muhammad.


Saturday, 30 March 2013

Manusia dan Takdir~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....
kaifahalukum~?
insyaallah khair~.

Alhamdulillah...kita panjatkan kesyukuran kepada Allah krn masih beri kita peluang untuk menggunakn sisa hidup kita ini untuk melakukan kebaikan dan terus beramal kepadanya..sebenrny,kita masih diberikan peluang untuk hidup krn dosa2 kita terlalu banyak dan disebabkn itulah Allah beri kita peluang untuk bertaubat...

"Bersegeralah memohon pengampunan Allah..."

itu firman Allah dlm alquran..maaf,aku tk ingt ayat ke brapa dan surah apa...dari situ pn dh menunjukkan Allah menyuruh kita segerakan diri kita utk memohon pengampunan Allah...

setelah beberapa hari keputusan SPM 2013 keluar...aku terasa hendak berkongsi sesuatu..bukan sbb aku ni dri kalangan yg bijak pndai dan sbgainya...tp aku berharap apa yg nk dikongsikan ini beri sedikit inspirasi dan kekuatan bagi mereka...

hidup ini sahabat2,,bukan semuanya indah...bukanny semuany kita boleh dapat dan akan dapat melainkan dengan izin Allah..ada yg berkehendakkn kejayaan tp tk dapat wlpn dh brusaha sparuh mati..ada plk yg biasa2 shj tp kejayaan yg Allah beri pd dia tp org yg sparuh mati "study" Allah tak beri plak...

KENAPA MACAM TU????!!!
APAKAH ALLAH TAK NAMPAK AKU STUDY KE????
AKU STUDY BAGAI NAK RAK TP TK DAPAT!!!
APA SEMUA NI!!!!

sahabat2 yang dicintai Allah...
jika adalah soalan2 itu dlm jiwa kita,dalam minda kita....
buanglah,singkirkanlah,jauhilah dri fikir bnda2 tu...
kerana apa???

kerana kita ini hamba...
kita hanya menerima apa yg Allah beri pada kita,kita tk mampu nk tolak apa yang Allah beri pd kita..
bahkan kita tk tahu pun apa yg kita nak tu baik atau tidak....boleh jadi kejayaan yg kita nak boleh mnyebabkn kita leka,takabbur,bongkak,riak dan sebagainya..kita boleh jamin yg kejyaan itu menjdikan kita beriman lebih pada Allah???mgkin di mulut boleh,tp apakah kita mengetahui yg akan dtg???

bgitu juga sebaliknya,,adakah kegagalan yg Allah beri pada kita wlpn kita dh usaha separuh mati itu bawa keburukan pada kita???mungkin ia bawa kebaikan pd kitaa?mgkinkah Allah akan tukarkan itu dengan suatu permata bagi kita???kita tahu ke semua tu???

wallahua'lam..

ternyata kita lemah...tiada tempat kita nk bergantung melainkan pada Allah...anda nk lari kemana,larilah sejauh-jauhnya tp anda masih di bawah peliharaan dan perhatian Allah...bila anda sakit,lemah dan tak terdaya,tiada siapa dapat bantu melainkan Allah....bila hati resah,ditimpa musibah,kita masih kembali pada Allah...bahkan bila kita buat maksiat atau zina sekalipun Allah masih beri kita peluang bernafas dan peluang bertaubat...

tanya pada diri...

"BERHAKKAH AKU MENOLAK APA YANG ALLAH BERI???"

kita ini hanya hamba dan bagi kita menerima sesuatu dri Allah sebgai tarbiah dariNya dan redha dgn apa yg Allah beri krn Allah lah yg mencipta kita dan Dia mengetahui apa yg terbaik bagi kita sdgkn kita sndiri tk mengerti apa yang terbaik bagi kita...

bandingkan pula KETAATAN kita dan KEHENDAK kita kepada Allah...
yang mana lebih berat dan lebih banyak???

ucapkanlah
astaghfirullah...
astaghfirullah...
astaghfirullah...

ALLAH...ALLAH..ALLAH...

buat adik2 spm 2013...
jangan hampa dan putus asa..
senyum semua...
kerana Allah merancakan yg terbaik buatmu...

abg juga bukanlah resultny gempak meletop booom~!!
tapi sebab kita mohon pada Allah,sujud pada Allah,yakin pada Allah...
abg yakin yg Allah sebenarny beri apa yang terbaik sekarang...
Alhamdulillah...

"Keyakinan yang kuat pada Allah mampu membunuh rasa2 negatif dalam diri kita yang menyebabkan kita bebal dan mati akal dalam meneruskan kehidupan.."

"Islam itu bangkit dengan keyakinan dan usaha bermati-matian oleh ummatnya dengan meyakini pertolongan Allah dalam perjuangan meraka demi menegakkan agama Allah..."

"Usaha memartabatkan islam itu tidak terhenti dalam kegagalan tetapi terhentinya apabila kiamat dan kematian seseorang mujahid bahkan disambung oleh mujahid yang lain"...

"Berjuanglah pada jalan Allah selagi mana nafasmu tidak sampai di kerongkongmu".

"Jadilah anak yang membahagiakan ibu dan ayahmu kelak kau pasti berbahagia bersama meraka di syurga Allah.....insyaallah"...

moga ia bermanfaat bgi sahabat semua...tegurlah aku kiranya aku silap dalam mengatur langkah kehidupan kerana itu juga rahmat bagiku dan rahmat bagimu...

Assalamualaikum w.b.t.














Masa dan kehidupan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..
sihat ye semua?
moga semuanya berada dalam peliharaan Allah dan keredhaan Allah..
sudah lama rasanya x update dan ini menunjukkan aku buknlah seorang yg istiqamah dlm usaha kebaikan ini...Astaghfirullah...doakan aku ya sahabat2...

Alhamdulillah...sudah hampir 6 bulan berada di Mesir...suatu tmpt yg sgt jauh dari pangkuan ibu bapa....sjujurny inilah kali pertama aku berada sgt jauh dri ibu dan ayah..sebelum ini asrama tkde la jauh mana...dari form 1-3 di Sabak Bernam kemudian di Gombak..'ala kulli hal..Alhamdulillah..

sungguh..... aku sebenarnya bila memikirkan balik "mengapa Allah pilih aku ke sini?"....ia menjadi suatu muhasabah bagiku...terlalu bnyk wang diblanjakan ayah untuk hantar aku ke sini...pngorbanan mak yg korbankan kasih sygny pd aku yang rela untuk hantar ana ke sini krn niat ku untuk belajar ilmu agama daripada ulama2 di sini...

Allah Allah Allah...

sungguh..benarlah di dalam Al-Quran...

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."....

bagiku...Allah mengatakan sebgitu rupa kerana kita manusia tidak dapat meng"agak" atau mnjangkakan ssuatu yg akan dtg sperti "kematian" dan sbgainya..lalu kita manusia leka dgn duniawi lalu buat prkre2 yg sia2...dan akhirnya..kita mnyesali dgn apa yg kita buat sbb tk hargai masa2 yang berlalu...

bahkan...berharganya masa itu sbb kita tkkn dpt kembali masa atau ulang balik masa yang lalu untuk lakukan amal2 atau buat kebaikan...Allah...Allah...

aku amat terkesan dan terkesim bila terdengar cerita seorang senior yang mengatakan ulama2 hanya tidur 4 jam sehari?hah!"4 jam???"....selebihny diisi dgn membaca buku,buat kajian dan urusan2 berkaitan ilmu agama...bahkan Hassan AlBanna iaitu tokoh Ikhwanul Muslimin..tidurnya hanyalah dalam bas..."macamane tu??????!!"...krn beliau sibuk dengan urusan dakwaahnya..

nampak ia kecil..tp ia sebenarny impak yang besar dlm kehidupan...

Allah Allah Allah...

mari tanya balik diri kita..

-apa kita buat dalam masa2 yang ada?
-seberapa banyak kebaikan yg kita buat dalam masa lapang?
-adakah Allah redha dgn pengurusan masa kita?

mari sama2 jaga masa n "arrange" balik "time management" kita...

doakan aku di Mesir ini sahabat2 semua...
aku takut sebenarnya,kiranya matiku dalam waktu dan keadaan yang sia2..
moga Allah bersama kamu semua...
Assalamualaikum w.b.t











Tuesday, 21 August 2012

cerita di hari raya;D

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taalla kerana dengan limpah dan kurnianya kita
masih diberi peluang dan nikmat untuk bernafas di atas muka bumi kita ini bagi menjalankan
misi kita seorang manusia khususny seorang muslim iaitu hamba,khalifah dan daie(HaKhaDa):D.

Alhamdulillah,kita berada di 4 syawal...aku juga hendak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir
dan batin kepada semua sahabat2 sekiranya ada kekhilafan dari diri ini secara sengaja atau tidak
kerana aku juga insan biasa yang sering melakukan  kesilapan,maafkanlah aku..hu3...:D

Memandangkan musim raya,jadi aku teringin nak share sesuatu yang agak bermanfaat yang Allah takdirkan
aku menemuiny...ceh!macam gempak sangat je kan???huhu...tkde la...apa yang baik kita share la
kan???kita share bukan bermakna kita hebat tetapi kita ingin sama2 hebat dan ini juga kurniaan
dari Allah yang harus kita kongsikan bersama,jadi mohon komen/cadangan/teguran tentang
tulisan ini agar pembaikan dpt dilakukan masa hadapan...insyaallah...:D

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CeRITa dI HaRI RAya;D

Tajuk macam Awesome je???
Kita baca dulu..huhu..

Alhamdulillah,baru2 ini aku pergi beraya rumah ayah aku punya makcik,Tok Ngah di Kuala Terengganu.
Dah lama tak jumpa dia sebenarnya....so,sekali jumpa tu,memang lama sembang dan bertanya khabar..
Dekat 3 jam jugak la di rumah TokNgah,tp dia tak kisah pun sebab kami anak-beranak..itu yang aku
sangat suka dengan ukhwah islamiah,segala-galanya ditanggung bersama..itu yang kadang-kadanag
aku tak risau kalau ke mana2 sebab orang2 islam sendiri akan bantu saudara-mara mereka kerana
"Sesungguhnya antara mu'min adalah bersaudara"....alhamdulillah:D

Nak dijadikan cerita...masa ayah,ayah muda(suami tok ngah) n pok izhan(sepupu ayah) sembang2,
aku duduk semeja la dengan diorg sebab dijemput minum dan makan kuih raya...aku pun "mencekik"
la kuih raya yang ada lagi-lagi yang ada coklat & koko..pergh!!!memang favourite tambah plak dengan
air milo panas...memang menyelerakan tapi nasib baik takde kuih "almond london"..kalau idok,,,,
memey habih la kawe make...huhu...

Aku dengar la apa yg disembang2kan...ALHAMDULILLAH...bukan benda yang sia2 aku dengar
tetapi sesuatu yang AWESOME!!!(balik2 perkataan tu..haha)....dialog ni mungkin loghat terengganu,
bukan mungkin pun,memang ye pun,,,tp mgkin boleh difahami kot..huhu

Pok Izhan:"Guane eh abg rozi,saya ni dop tahu nok kije mende,tap Han minat nege(meniaga),ade sijil
                 IKM...sy ning minat la kalu wat2 wellhead tu hok besi2 tu...dulu kije doh,tp breti(berhenti) doh,
                 dop tahang la ase,panah ati ase ngn mulut cine tu jahat ngat...

Ayah:"oooo...mung dop leh gitu la,,kene sabo skit...memang kalu kije dgn orang,kita sakit sikit,
          tapi kalu mung nok tahu,takdop orang berjaya gitu je,semuany bermula dng susoh...mung tgok
          kawang aku...same r dengan mung,minat gop wellhead kije2 besi tu..tp crite dia,,mula2 ye kije
          gop dgn orang,tp ye gi banyok tepat...banyok gok kene maki ngan org lain...buleh kate semua
          kije hok berkait rpt ngan wellhead n besi ye buat...dari pengalaman tu,ye cuba buke stu company                                              
          dlu aku ajo dia,skang ni senang lenang doh dia...alhamdulillah la,skang ning dia la owner syarikat  
          wellhead yg org melayu punya bersaing ngan bapok2 company...takdop bende hok senang pun
          dalam idup ning..mu kene ingt tu...takdop bende hok senang !!!

dari perbualan ni,aku terasa macam bersemangat semacam je walaupun tengah2 perbualan tu berlaku
aku tengah 'cover' main handset walhal tengah dengar diorg sembang...tp takde la aku mencelah,ada part2
lawak,aku gelak sekali...tapi sikit2 je la..hehehe..ade 1 part yang aku rasa lagi bersemangat kot! rasa
macam taknak tidur n rehat pun takpela nak belaja sebab nak berjaya...

Pok Izhan:"Doh dulu abg rozi guane?ce cerite,nokt ahu gop sy..".

Ayah:"Aku dulu susoh,,,aku blajo bnyok bende di Johor nung pah dpt kije situ...mase tu kije kapal,,,hok
          tukang ngajo pung jepun,lain dari orang malayu carany...hari pertama keje,dia bawok aku nge
          membe2 lain gi pusing dlu naik kapal,pah habih tu,,,jepung tu tny.."Ada soalan?"...pahtu,semua
          kata takdop la nge aku2 skali....hari kedua pulop...jepung tu tnye aku masa dlm kapal,.....
         "Ini apa?"...aku kata la dop tahu....pahtu dia amik helmet dia hayung helmet tu ke kplae aku tp aku
         pakai helemet gop..."Semalam sy tnye ade soalan,kamu kata takde!kat depan sana,....
         ada perpustakaan,knape tak pegi amik buku n cari!!!!...pahtu,esok mulanya...
         aku naik basikal balik dri perpustakaan tu bawak la bnyk buku,dia nampok...pahtu dia panggil
         aku..."Kamu tak payah bawak ni,pergi pulangkan buku tu balik,amik kertas2 yg sy dh 'copy'
         ni baca!'....aku pung balik ngaji laa bnde2 tu...bnyok kali gop kene hayun dengan helmet kt kple aku..
         tp aku banyok tahu bende2 besi sbb gi bnyk tempat laa...kalu dop,dop tahu stabuk sbb asl2ny
         dop tahu bende satu pung....last2 skali,alhmdulillah,dpt kije ngn org melayu n bole kata pakar
         la dlm besi ning..."

part ini yg aku rasa macam sangat terbakar...kalau boleh,tak nak tidur n rehat pun...belajar je & 'achive
the success'....baru aku tahu macam mana perjuangan ayah aku dulu & terasa nak jadi macam dia...teringat plk cerita FETIH 1453 yang baru2 ni aku tonton...macam mana orang islam cuba untuk kuasai kota konstantinopel yang ramai pemimpin2 sbelum Sultan Muhammad Alfateh kuasainya..sangat banyak usaha dilakukan,kajian dan macam2...itu yang kita tak nampak,ini ayah aku,memang dari gaya dia,dia seorang yang lain dari orang lain,...Ya Allah,alhamdulillah dikurniakan ayah dan aku sayang sangat ayah aku :D....
peluang dengar cerita2 orang tua susah sebenarnya...alhamdulillah syukur dapat peluang ni...betul la kata-kata orang untuk capai kejayaan.....

"Kejayaan itu tidak mudah,usaha untuk ke arah itu amat pahit   tetapi sekali merasainya lebih manis dari rasa gula dan madu".....

"Nak senang bukan senang,nak susah tak susah pun...."


"Dari banyak pengalaman,gunakan ia,kita mudah mencapai kejayaan....."


"Orang-orang yang keras hati dan jiwanya,mereka lebih mudah untuk berjaya..."


"Jauh perjalanan,luas pemandangan....


"Tuntutlah ilmu ke negeri Cina.....


mudahan2,sahabat sekalian dapat sesuatu dari kisah ini...tujuan berkongsi bukanlah hendak kata
aku perfect..TIDAK!!!cuma ingin berkongsi dan aku jenis tak suka nak ada sesuatu sorang2 je...
bila berkongsi semuanya jadi indah & kita akan dapat manfaatny 2 kali ganda,insyaallah...

maaf sekirannya ada terkasar bahasa dan mgkin shbt2 tidak faham ayat loghat terengganu tu,saja letak
nak bagi nampak ade unsur 'kepelbagaian' sikit..huhu...mohon teguran/cadangan untuk pembaikan
pada masa hadapan..insyaallah:D

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin:D
Assalamualaikum w.b.t






















Thursday, 16 August 2012

Power word!!!!:D

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala tuhan sekalian alam serta selawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w...Bersyukur juga kita kerana Allah masih memberikan peluang pada
kita untuk melihat serta berfikir tentang kebesaran Allah Taalla...Peluang seperti ini harap2 la ye jgn
kita sia-siakan,gunakanlah ia dgn sebaik mungkin agar kita menjadi golongan yg beruntung...
Insyaallah....:D
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"POWER WORD!!!!:D"

adakah setiap kata-kata itu ada POWER???
mcm cerita POWER RANGERS,bila diseru,keluarlah POWERnya,macam tu ka???
kau ni ,kuat trpngaruh cerita keanak-anakan ni...HAHAHA....

macam AWESOME je kan tajuknya???
tidaklah shbt2 sekalian...ada kata-kata yg ingin dikongsikan sbb aku temui keistimewaan di 
sebalik WORD ini,tambah plk ia dtgny dari seorang yang sgt tinggi ilmunya.....
sebelum itu,mohon teguran/komentar/cadangan agar penambahbaikkan dpt dilakukan 
masa hadapan,niat dihati ingin berkongsi apa yg baik kerana semuanya datang dari Allah,nikmat atau kelebihan yang Allah beri perlulah kita kongsikan...firman Allah Taala mafhumnya yakni "Sekiranya kamu
kamu bersyukur,aku akan tambah lagi"........wallahua'lam....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu masa dahulu (macam dah lama sangat je:D)...aku hadir ke satu majlis ilmu..tujuannya nak isi masa lapang lpas espiem ni....boleh la tambah-tambah ilmu sikit....maklumlah,manusia ini ibarat botol,kalau tiada air,tiadalah isinya kan????so,pergilah aku ke ampang yakni di Kolej Islam Assofa....sebenarnya ia majlis talaaqi bersama seorang guru yang sangat disegani,Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki & majlis ini dianjurkan oleh Alumni Pelajar Islam SBP(APIS)....

3 hari di sana,tp banyak manfaatny....pelbagai ragam manusia ada...tp yang terINSPIREDnya...
ada seorang pakcik ini dtgny dari Singpura semata-mata untuk menuntut ilmu...dah la naik moto..jauh
kot!!!!Alhamdulillah,diizinkan Allah bertemu orang-orang yang hebat ini...tenang je pergi sana,dengan suasana Islamnya,pelajar-pelajar Kolej sgt baik akhlaknya,bersih je "air muka"...sejuk je mata menengoknya...mungkin berkat mengahafal alquran...sangat beruntung bagi mereka yang dari kecik dah dilatih memahami,memelihara dan menghafaz Al-Quran...beruntunglah ibubapa mereka...

nak diceritakn sikit2...setiap kali sheikh masuk ke dalam dewan kuliah,semua pelajarnya akan berdiri & takkan duduk selagi sheikh tak duduk di sofanya...itu kita maklumlah kan???kat sekolah pun sama jugak...tp yang bezanya di sini,pelajar-pelajar akan duduk bersila je macam sekolah pondok la...aku dpt info juga,sofa 
yang sheikh duduk pun tiada orang berani duduk sejak sofa itu dibeli lagi walaupun ust2 lain yg hendak duduk,memang takkan ada orang berani....begitulah adab murid kpd gurunya..sangat menjaga tatatertib dan adab...berbeza la dgn keadaan di sesetengah sekolah,tempat guru dijadikan tempat duduknya malah lg teruk dijadikan tempat bersembang dan tempat tido.kemudian,dialunkan qasidah burdah yg mengandungi makna-makna yg sgt luarbiasa...setiap bait-bait qasidah seolah-olah macam suatu bentuk muhasabah,sayu je kalau 
lihat pada maknanya....sejak itu la,aku minat dgn qasidah...anda perlu cuba dengar dan hayati,belum 
cuba belum tahu kan???cecube cecube..hihihi

3 hari duduk bersila sememangny mencabar...lenguh2 kakiku...dalam kuliah,jangan cakaplaa,memang
tak berhenti bergerak2 kaki sbb nak hilangkn lenguh..maklumlah,tak biasa...dlu duduk atas kerusi,menulis di meja..HAH!amik kau,skrg ni segala-galanya atas lantai....tp,Alhamdulillah,bnyk input menarik dalam masa 3 hari....sgt hebat hujah dan tutur kata sheikh..Sheikh masuk ke dalam dewan kuliah tanpa membawa apa2 pun...kalimah-kalimah dibacakan oleh anak muridny kemudian sheikh bahaskan....terlalu banyak ulasan dalam sesautu perkara....bukanlah nak mengeluh..."TIDAK SAMA SEKALI"....cuma kagum dengan keilmuan beliau..

Di hari akhir,sheikh ada berpesan pada kami pelajar-pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada
orang muda yang belajar di ipt swasta/tempatan mahupun di luar negara....antara yang aku genggam
dan pegang sampai sekarang.....

"Jika tuan-tuan,puan-puan sandarkan urusan pada Allah,maka ia jadi kerja Allah dan Allah akan bantu kita semua,sebalikny jika tuan-tuan,puan-puan tidak sendarkan urusan pada Allah maka tanggunglah sendiri".

"Orang-orang muda jangan mudah melatah,anda semua masih muda,tuntutlah sebanyak ilmu yang boleh,tidak usah sibuk pasal hal orang krn hal tersebut sudah ada orangnya..."

"Janganlah mudah menghukum seseorang kerana kita tidak tahu darjatny di sisi Allah.."

"Bukan amalan ahli sunnah waljamaah untuk menghukum seseorang itu..."


>>kadangkala kita manusia cepat lupa pada Allah lgi2 bila menghadapi musibah/masalah.. kdg2 lebih 
teruk tak mintak pun pada Allah malah orang lain pun dipersalahkan,keluarlah perkataan-perkataan tidak baik..Lebih teruk jika kita menyalahkan Allah sedangkan Dia pencipta kita...kenapa aku kene macam ni ya Allah???apa dosa aku Ya Allah???...perbuatan kita seolah-olah putus harapan daripada Allah sedangkan
ini baru sedikit kalau nak dibandingkan pada zaman rasulullah s.a.w dan para sahabat...

ujian yang hadir dalam kehidupan kita itu datangny dari Allah...bukan bermakna Allah itu zalim..
TIDAK...bahkan Allah lebih sayang kita...mungkin kita sudah lama tidak sujud pada Allah???
mungkin sudah lama tidak menitis air mata kita di hadapan Allah???mungkin juga Allah rindu 
akan amalan yang mungkin kita pernah lakukan suatu masa dahulu???...wallahua'lam...

oleh itu,sandarkanlah segala urusan kita terutamanya aku pada Allah krn ia akan menjadi kerja Allah dan Allah akan membantu kita..PERCAYALAH!!!aku sendiri mengalaminya...semuanya daripada Allah,tetapi apabila kita serahkan dan yakin pada Allah,maka Allah akan beri pada kita...insyaallah:D

janganlah mudah menghukum seseorang...benda ni banyak berlaku...tambah2 plk,bila ada pergaduhan..
"kau kafir!!kau munafiq!!!kau zalim!!!kau fasiq!!!"...dan sebagaiany...elakkanlah dari benda2 ini,siapalah
untuk menghukum seseorang sedangkan kita pun tidak tahu darjat kita di sisi Allah mcamane...

pesan sheikh...tuntutlah ilmu...sebab apa???kerana keadaan negara islam terletak dalam tangan kita lalu
dengan ilmulah kita mencorakkan pentadbiran negara tersebut...Rasulullah ada menjelaskan bahawa perkara
yang perlu dihapuskan untuk membangunkan sebuah negara islam iaitu kejahilan dalam keilmuan.Maka
besar peranan kita golongan muda...tidak rugi pun menuntut ilmu kerana orang yang berilmu ini Allah akn 
angkat darjatny...apa yg aku terima dan belajar sgt sedikit sebenarny utk dikongsi tetapi percayalah dengan mengembara/merantau mencari ilmu,Allah akan beri seprtimana aku terima...Alhamdulillah;D

moga,sahabat dapat sesuatu yang bernilai dari perkongsian ini khususny diri aku sendiri sebagai medan muhasabah diri..sememanya tak rugi kalau kita mengembara menuntut dan mencari ilmu...Allah akan beri yang terbaik untuk kita,ketahuilah,setiap apa yang kita tuturkan,itulah yang kita akan dapat,jelas dalam alquran...wa akhiran... 

"Jika tuan-tuan,puan-puan sandarkan urusan pada Allah,maka ia jadi kerja Allah dan Allah akan bantu kita semua,sebalikny jika tuan-tuan,puan-puan tidak sendarkan urusan pada Allah maka tanggunglah sendiri".

"Orang-orang muda jangan mudah melatah,anda semua masih muda,tuntutlah sebanyak ilmu yang boleh,tidak usah sibuk pasal hal orang krn hal tersebut sudah ada orangnya..."

"Janganlah mudah menghukum seseorang kerana kita tidak tahu darjatny di sisi Allah.."

"Bukan amalan ahli sunnah waljamaah untuk menghukum seseorang itu..."

Assalamualaikum w.b.t:D














Wednesday, 15 August 2012

KTM-keretapi tanah melayu

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segala puji bg Allah Taala tuhan sekalian alam alam serta
selawat dalam salam ke atas nabi kita yang dikasihi Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah,kita dah nak habis ramadhan daa,raya pun semakin hampir.
Bila dah akhir2 ni,kene la lakukan "reflection" ataupun muhasabah .....

Adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini???
Adakah ramadhan kali ini memberi perubahan pada kita???
Adakah ramdhan kali ini lebih mendidik diri dan hawa nafsu kita???

jika "YA",alhamdulillah,
jika "TIDAK",jangan khuatir,masih berbaki beberapa hari lagi,
pengampunan Allah itu trsgtlah luas bagi hamba-hambany:D
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"KTM-keretapi tanah melayu"

nak cerita pasal "KTM" kah?...tak perlulaa sbb orang ramai dh sedia maklum psl hal ni....
harini,tergerak hati nk berkongsi ape yang aku terima/rasa/dapat ketika dalam KTM...
alhamdulillah,takdir Allah ini banyak manfaat bg diriku,lalu kita kongsikan bersama agar
kemanisannya dapat dirasai bersama...

TAPI!!!

mohon teguran/komen yang baik agr perkongsian selepas ini lebih baik,Insyaallah.

Cerita bermula...:D
Baru-baru ni,aku balik dari program bersama-sama sahabat di Lembah Nur Pangsun.Jauhla dari
Shah Alam,dalam dua jam jugak so kene la naik public transport,KTM...pergi dan balik melalui
KTM...tapi kejadian ini berlaku ketika nak balik dari KL Sentral menaiki KTM ke Shah Alam.

Semasa dalam KTM tu,aku lihat seorang kanak-kanak kecil berbaju sekolah dan seorang pakcik tp
muda lagi.Dari iras muka seolah-olah datangny dari Indonesia..nak tahu soheh ke tak,kene la pergi
dekat & tanya kan???Aku pun dekatkanlah diri aku dgn mereka..eh2,BETUL LAA!!!mereka datangnya
dari sana dong!!!..kemudian kehadiranku dirasai oleh mereka,aku pun mencelah la ketika perbualan
tersebut berlaku...hihi...:D

Aku:"Adik umur berapa?"
Adik:"12 tahun bang."
Aku:"Oooo..sekolah di mana?Rumah plk di mana?"
Adik:"Saya sekolah di sekolah Indonesia di Kuala Lumpur tp duduknya di Padang Jawa."
Aku:"Perghhhh!!!jauhnya,habistu,macammane kamu pegi sekolah tiap2 hari???
Adik:"Setiap hari ayah hantar saya di KTM Shah Alam,abg menjumput petang2,lalu saya naik ktm
         setiap hari sendirian dari Shah Alam ke sekolah".
Aku:"MasyaAllah,takpe dik,insyaallah kamu berjaya suatu hari nanti"....

>>>kerana ilmu,sanggup bergerak jauh-jauh...badannya masih kecil,wlupn 12 tahun tp badanny
sebesar budak 9 thun je...yang aku terharunya,kecik2 sudah diajar bergerak jauh-jauh semata-
mata untuk menuntut ilmu...sgt berbeza dgn keadaan aku...bersyukurnya aku,Allah beri mudah
segalanya dari kecil hingga sekarang.....

selepas tu,aku sembang plk dgn pakcik tu....wlupn berbeza bangsa,tapi kami saudara seislam...perbualan
tu seolah-olah mcm abg dan adik...memang AWESOME la!!!..hehe..pada aku mmg patut pun begini
& lebih baik begini berbanding daripada keadaan orang sekarang...kdg2 dalam KTM pun masing-
masing kedekut nak senyum/hulurkn pertolongan...tapi bukan semua orang  begitu la....tp tak mengapa la,mgkin pengajaran bg kita....BACK to the story...

Aku:"Pakcik dari mana & hendak kemana?"...smbil tersenyum kambing aku..haha
Pakcik:"Saya dari Sulawesi,menjadi imam solat di sebuah surau di Petaling Jaya"...
Aku:"Ooooo....mesti pakcik pernah belajar di Gontur kan?"
Pakcik:"Ya,saya pernah menuntut di sana."
Aku:"Saya ada mencari2 maklumat pasal Gontur,tempat tu sgt baguskan pakcik?".
Pakcik:"Ya,di sana,semua hal2 diuruskn sendiri oleh pelajar,memasaknya,membersihkan
             dan lain-lain lagi..."
Aku:"Oooo...bagusnya...nanti sy nak hantar anak sy ke situ la suatu hari nanti..."..smbil
        ketawa..(bergurau je...haha)....

sememangny dia seorang yang berilmu...keluaran Ponduk Gontur bukan calang2 orang...bahasa
yang wajib digunakan bahasa arab dan bahasa inggeris SAHAJA!!!3 bulan di sana,pelajar-pelajar
boleh kuasai bahasa arab sepenuhnya...masyaallah...bertuahnya mereka yang menguasai bahasa arab.
Bahasa arab,bahasa ibadah,bahasa syurga,bahasa alquran bahkan matinya kita nanti kalimah syahadah,
"LAAILAHALILLAH MUHAMMAD RASULULLAH" adalah bahasa arab....maknany,nak tak nak,
orang islam kene belajar jgk bahasa arab ni walaupun sedikit...

dalam 5 minit sebelum sampai di destinasi yang hendak dituju....

Pakcik:"Kita jumpa lagi ya nanti,sudah dekat ni."
Aku:"Insyaallah,ada rezeki kita jumpa lagi,doakan saya ya pakcik,insyaallah saya hendak ke Mesir
         bulan 9 ni,sambung belajar di sana...sebenarny takut juga sy nak ke sana,maklumlah,negara orang...
         tp insyaallah,saya cubalah..."
Pakcik:"Usah khuatir....ada satu kata-kata yang saya pegang sbb saya jadi imam pun takut2 juga...
             ya laa..kita menghadap Allah tp bila saya pegang kata2 ini,alhamdulillah tenang..."
Aku:"Ape dia ye pakcik???"
Pakcik:"Jangan katakan takut pada masalah kerana ketakutanlah yang membawa kita kepada masalah,
            Jangan banyak mengeluh ketika bermasalah tp katakan bhw Allah bersamaku ketika bermasalah"...
Aku:"Wahh,menarik tu...terima kasih pakcik,insyaallah sy pegang kata2 itu...
Pakcik:"Selamat tinggal ya,Assalamualaikum...
Aku:"Wa'alaikumsalam.,,."..

sampailah di Shah Alam,,budak kecik tu pn turun bersama aku...dalam perjalanan aku pulang ke rumah,
kata-kata pakcik tu terngiang-ngiang dan budak kecik tu terngiang2 je...mungkin ada hikmah Allah temukan
aku bersama dua orang insan mulia ini,mungkin juga pertemuan oleh Allah ini menjawab akan hal2 tentang kehidupan aku...masyaallah,besarny rahmat Allah di bulan ramadhan ini,Alhamdulillah...

mungkin sepanjang hidup kita,kita terlalu takut untuk menghadapi sesautu sehingga perasaan takut tu
buat kita jadi tak yakin dengan diri sendiri dan Allah yang mengatur kehidupan kita..nauzubillah..kdg2
kita terlalu senang sehingga kita leka dan alpa sedangkn ada yang bersusah payah di luar sana...maka
bersyukurlah kita...sebenarnya,apa yang berlaku dalam hidup kita,ada hikmah yang Allah sembunyikan,
dan hikmah tersebut hanya bagi mereka yang bersyukur dgn apa yg Allah beri...sepatutny kita rakam saat2 yg memberi kebaikan pd diri kita agr ia membantu kita dalam hari2 mendatang....

Maka bermula saat ini,marilah kita bermuhasabah diri terutamanya diri aku,sebanyak mana keyakinan,
tawakkal kita kepada Allah dalam kehidupan kita???sebanyak mana syukur kita kepada Allah???Allah
beri terlalu banyak pada kita tp apakah balasan kita kpd Allah sebagai hambanya?cukupkah???

Bersama-samalah kita bersyukur ats apa yang Allah berikan pada kita dan setiap perkara itu wajiblah
kita sandarkan kepada Allah...maaf ats segala ketelanjuran,niat di hati ingin berkongsi kebaikan agar kebaikan tersebut dpt dikongsi bersama-sama..insyaallah...

Katakanlah pada diri sendiri & yakinlah...

"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya,Allah Maha Mengetahui
apa yang terbaik bagi diri manusia..."

"Perancangan Allah itu jauh lebih baik daripada perancangan
manusia ...."

"Jangan katakan takut pada masalah kerana ketakutanlah yang membawa kita kepada masalah,Jangan banyak mengeluh ketika bermasalah tp katakan bhw Allah bersamaku ketika bermasalah"...

wallahua'lam,
Assalamualaikum w.b.t;D