Hidup terasa indah jika setiap detik yang kita lalui dikongsi bersama sahabat agar wujud kebaikan kepada kita semua...Insyaallah:~D

Saturday, 6 April 2013

kita kufur....:(


KITA KUFUR~~~

mengapa aku katakan kau kufur?
bagaimana tidak kufur?

bermacam Allah beri...
adakah kau bersyukur???
adakah kau tunaikan apa yang Allah perintahkan?
adakah kau jauh dari maksiat dan zina????
adakah kau ikhlas dalam sujud pada Allah?
adakah hidupmu kerana Allah??

tanyalah berjuta-juta soalan...
adakah kau tidak kufur pada Allah???

kau bodoh wahai manusia!
kau gila wahai manusia!
kau munafiq wahai manusia!
hentikanlah lakonan kau manusia celaka!

kau marah aku katakan begitu???
padahal kau tidak sedar tingkahlakumu...
manusia lain tidak nampak dirimu...
tapi jangan kau berbohong..

bahawa Allah Maha Melihat apa yang kau buat!!!!
bahawa Allah Maha Mendengar apa yang tuturkan!!!!

ke mana kau mahu lari wahai manusia???
kelak kubur juga kau menghadap...

sudahlah wahai manusia!
insaflah...
sedarlah..
bahawa setiap saat hidupmu hanyalah untuk tuhanmu!
siapa tuhanmu!

ALLAH!

Keluarlah kau!
dari kepompong kebodohan..
Keluarlah kau!
dari kepompong kejahilan..
Keluarlah kau!
dari kepompong kemalasan bodoh sombong..
Keluarlah kau!
dari kepompong penuh duniawi...

serahkanlah hatimu wahai manusia!
serahkanlah jiwamu wahai manusia!
serahkanlah pengharapanmu wahai manusia!
pada ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W...

bangun wahai manusia...
BANGUN!
BANGKIT!

jangan kau jadi manusia yang akhirnya sia-sia hidupnya..
jangan kau jadi manusia yang Allah humban kau ke dalam neraka...
jangan kau jadi manusia yang tak mengenal Allah dan Rasulnya..
jangan kau jadi manusia yang derhaka pada ibu ayahmu...

kau insan istimewa sebenarnya wahai manusia..
pejamkan matamu...
tariklah nafas sedalam-dalamnya..
sebutlah...

"Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.."

Pejamkan matamu...
menangislah kerana dosa-dosamu..
menangislah kerana kau jauhkan diri dari Allah...
menangislah kerana kau masih sombong tatkala Allah menyayangimu..

Allah...
ampunkan kami...
kerana melazatkan hati kami dengan dunia fana' ini..
ampunkan kami ya Allah..
jauhnya hati kami dari engkau ya Allah...

Ampunkan kami Ya Allah......

















kebodohan kita:(


kita semua bodoh....
kerana kebodohan itu...
bila kita berbicara...
kdg2 kita yang lebih...
bila kita menegur orang..
kita pulak yang melakukannya..
bila kita ditegur orang..
kita rasa kita betul...
jadi lebih bodoh...
sesudah ditegur..
kita melawan kita membantah....
bila orang kata kita bodoh..
kita marah kita sentap..
walhal kita tidak sedar diri..
yang kita tiada apa2...
bukankah itu antara kebodohan kita?
biarpun kita penuntut ilmu..
tapi masih melakukannya..
kerana apa?
kita hanya membodohkan diri...
ilmu masuk dan keluar di telinga..
tidak berguna langsung bagi kita...
kita tidak beramal dengannya..
malah tak melekat di hati kita...
lebih teruk dan menghinakan..
ilmu itu tidak membimbing kita...
maka tuntutlah ilmu
kerana apa?
menuntut ilmu adalah suatu kefardhuan...
indahnya Islam memfardhukan sebegitu...
kerana inginkan ummat yang berilmu...
bukanlah seperti arab jahiliyiah..
yang suatu ketika dahulu...
bertindak mengikut hawa nafsu..
yang akhirnya..
merosakkan diri sendiri..
semua manusia itu jahil dan bodoh melainkan...
Rasulullah s,a,w...
Allahumma solli ala muhammad wa alihi muhammad.


Saturday, 30 March 2013

Manusia dan Takdir~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....
kaifahalukum~?
insyaallah khair~.

Alhamdulillah...kita panjatkan kesyukuran kepada Allah krn masih beri kita peluang untuk menggunakn sisa hidup kita ini untuk melakukan kebaikan dan terus beramal kepadanya..sebenrny,kita masih diberikan peluang untuk hidup krn dosa2 kita terlalu banyak dan disebabkn itulah Allah beri kita peluang untuk bertaubat...

"Bersegeralah memohon pengampunan Allah..."

itu firman Allah dlm alquran..maaf,aku tk ingt ayat ke brapa dan surah apa...dari situ pn dh menunjukkan Allah menyuruh kita segerakan diri kita utk memohon pengampunan Allah...

setelah beberapa hari keputusan SPM 2013 keluar...aku terasa hendak berkongsi sesuatu..bukan sbb aku ni dri kalangan yg bijak pndai dan sbgainya...tp aku berharap apa yg nk dikongsikan ini beri sedikit inspirasi dan kekuatan bagi mereka...

hidup ini sahabat2,,bukan semuanya indah...bukanny semuany kita boleh dapat dan akan dapat melainkan dengan izin Allah..ada yg berkehendakkn kejayaan tp tk dapat wlpn dh brusaha sparuh mati..ada plk yg biasa2 shj tp kejayaan yg Allah beri pd dia tp org yg sparuh mati "study" Allah tak beri plak...

KENAPA MACAM TU????!!!
APAKAH ALLAH TAK NAMPAK AKU STUDY KE????
AKU STUDY BAGAI NAK RAK TP TK DAPAT!!!
APA SEMUA NI!!!!

sahabat2 yang dicintai Allah...
jika adalah soalan2 itu dlm jiwa kita,dalam minda kita....
buanglah,singkirkanlah,jauhilah dri fikir bnda2 tu...
kerana apa???

kerana kita ini hamba...
kita hanya menerima apa yg Allah beri pada kita,kita tk mampu nk tolak apa yang Allah beri pd kita..
bahkan kita tk tahu pun apa yg kita nak tu baik atau tidak....boleh jadi kejayaan yg kita nak boleh mnyebabkn kita leka,takabbur,bongkak,riak dan sebagainya..kita boleh jamin yg kejyaan itu menjdikan kita beriman lebih pada Allah???mgkin di mulut boleh,tp apakah kita mengetahui yg akan dtg???

bgitu juga sebaliknya,,adakah kegagalan yg Allah beri pada kita wlpn kita dh usaha separuh mati itu bawa keburukan pada kita???mungkin ia bawa kebaikan pd kitaa?mgkinkah Allah akan tukarkan itu dengan suatu permata bagi kita???kita tahu ke semua tu???

wallahua'lam..

ternyata kita lemah...tiada tempat kita nk bergantung melainkan pada Allah...anda nk lari kemana,larilah sejauh-jauhnya tp anda masih di bawah peliharaan dan perhatian Allah...bila anda sakit,lemah dan tak terdaya,tiada siapa dapat bantu melainkan Allah....bila hati resah,ditimpa musibah,kita masih kembali pada Allah...bahkan bila kita buat maksiat atau zina sekalipun Allah masih beri kita peluang bernafas dan peluang bertaubat...

tanya pada diri...

"BERHAKKAH AKU MENOLAK APA YANG ALLAH BERI???"

kita ini hanya hamba dan bagi kita menerima sesuatu dri Allah sebgai tarbiah dariNya dan redha dgn apa yg Allah beri krn Allah lah yg mencipta kita dan Dia mengetahui apa yg terbaik bagi kita sdgkn kita sndiri tk mengerti apa yang terbaik bagi kita...

bandingkan pula KETAATAN kita dan KEHENDAK kita kepada Allah...
yang mana lebih berat dan lebih banyak???

ucapkanlah
astaghfirullah...
astaghfirullah...
astaghfirullah...

ALLAH...ALLAH..ALLAH...

buat adik2 spm 2013...
jangan hampa dan putus asa..
senyum semua...
kerana Allah merancakan yg terbaik buatmu...

abg juga bukanlah resultny gempak meletop booom~!!
tapi sebab kita mohon pada Allah,sujud pada Allah,yakin pada Allah...
abg yakin yg Allah sebenarny beri apa yang terbaik sekarang...
Alhamdulillah...

"Keyakinan yang kuat pada Allah mampu membunuh rasa2 negatif dalam diri kita yang menyebabkan kita bebal dan mati akal dalam meneruskan kehidupan.."

"Islam itu bangkit dengan keyakinan dan usaha bermati-matian oleh ummatnya dengan meyakini pertolongan Allah dalam perjuangan meraka demi menegakkan agama Allah..."

"Usaha memartabatkan islam itu tidak terhenti dalam kegagalan tetapi terhentinya apabila kiamat dan kematian seseorang mujahid bahkan disambung oleh mujahid yang lain"...

"Berjuanglah pada jalan Allah selagi mana nafasmu tidak sampai di kerongkongmu".

"Jadilah anak yang membahagiakan ibu dan ayahmu kelak kau pasti berbahagia bersama meraka di syurga Allah.....insyaallah"...

moga ia bermanfaat bgi sahabat semua...tegurlah aku kiranya aku silap dalam mengatur langkah kehidupan kerana itu juga rahmat bagiku dan rahmat bagimu...

Assalamualaikum w.b.t.














Masa dan kehidupan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..
sihat ye semua?
moga semuanya berada dalam peliharaan Allah dan keredhaan Allah..
sudah lama rasanya x update dan ini menunjukkan aku buknlah seorang yg istiqamah dlm usaha kebaikan ini...Astaghfirullah...doakan aku ya sahabat2...

Alhamdulillah...sudah hampir 6 bulan berada di Mesir...suatu tmpt yg sgt jauh dari pangkuan ibu bapa....sjujurny inilah kali pertama aku berada sgt jauh dri ibu dan ayah..sebelum ini asrama tkde la jauh mana...dari form 1-3 di Sabak Bernam kemudian di Gombak..'ala kulli hal..Alhamdulillah..

sungguh..... aku sebenarnya bila memikirkan balik "mengapa Allah pilih aku ke sini?"....ia menjadi suatu muhasabah bagiku...terlalu bnyk wang diblanjakan ayah untuk hantar aku ke sini...pngorbanan mak yg korbankan kasih sygny pd aku yang rela untuk hantar ana ke sini krn niat ku untuk belajar ilmu agama daripada ulama2 di sini...

Allah Allah Allah...

sungguh..benarlah di dalam Al-Quran...

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."....

bagiku...Allah mengatakan sebgitu rupa kerana kita manusia tidak dapat meng"agak" atau mnjangkakan ssuatu yg akan dtg sperti "kematian" dan sbgainya..lalu kita manusia leka dgn duniawi lalu buat prkre2 yg sia2...dan akhirnya..kita mnyesali dgn apa yg kita buat sbb tk hargai masa2 yang berlalu...

bahkan...berharganya masa itu sbb kita tkkn dpt kembali masa atau ulang balik masa yang lalu untuk lakukan amal2 atau buat kebaikan...Allah...Allah...

aku amat terkesan dan terkesim bila terdengar cerita seorang senior yang mengatakan ulama2 hanya tidur 4 jam sehari?hah!"4 jam???"....selebihny diisi dgn membaca buku,buat kajian dan urusan2 berkaitan ilmu agama...bahkan Hassan AlBanna iaitu tokoh Ikhwanul Muslimin..tidurnya hanyalah dalam bas..."macamane tu??????!!"...krn beliau sibuk dengan urusan dakwaahnya..

nampak ia kecil..tp ia sebenarny impak yang besar dlm kehidupan...

Allah Allah Allah...

mari tanya balik diri kita..

-apa kita buat dalam masa2 yang ada?
-seberapa banyak kebaikan yg kita buat dalam masa lapang?
-adakah Allah redha dgn pengurusan masa kita?

mari sama2 jaga masa n "arrange" balik "time management" kita...

doakan aku di Mesir ini sahabat2 semua...
aku takut sebenarnya,kiranya matiku dalam waktu dan keadaan yang sia2..
moga Allah bersama kamu semua...
Assalamualaikum w.b.t